Tuesday 23 October 2012

Fashion ouh Fashion


Assalamualaikum,

Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ni tak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer. Tengok perempuan tu suci dan lemah lembut..but eventually dia ada 9 nafsu. Hehe


But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. :P


Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tak boleh terima, Mereka akan marah. Haha Cool bukan? Tak dengar cakap je marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan,  their  are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (the uncontrollable scientific-proven hormone) kihkih


Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square ini jam jugak untuk mencari Harem pants (TS murah sikit hihi). Lepas tu Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kene pegi balik TS untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai baju tu lagi kot. Nanti orang kata ''You're so 2007 duhhh~' . 


Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di KL. Bila tengok orang pakai makeup, dia pon nak jugak walaupun dia tau in the end dia akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, dia pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka dia tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, dia pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. Aku pon tak lepas juga terkena tempias dari penangan 9 nafsu ni wanita nie hehe.tapi taklah nak jadi Hana Tajima tu..adoi... Serious penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada. 


Benda ni buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah puas pun. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap ni? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau takkan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada jugak. Orang takda, kita nak ada jugak. Abih bila masa je yang kita takda ni? Eh apa yang ada apa yang takde ni. Aku ni suka melalut sampai dah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Caiit


Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. aku tetap dengan clothing murahanku :) Yeah, Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Tampar mahu ga?)


Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then takdelah fashionista didunia ni betul? Haha. Bosan lah pulak dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing  sapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.


So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista jugak, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tak stalk, korang tak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tak beli haha Anyway diorang kan fashionista, dah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak jugak, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.


Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JE' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pulak sampai bila jumpa fashionista kau pegi cakap ' Hello aku cantik je walaupun tak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau tak terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tu. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right ;) tak salah kalau sekali sekala nak bershopping,nak pakai makeup cantik2 , clothing branded, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes ;) Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends&boyfriends kita belajar untuk terima diri sendiri dengan seadanya ;)

Tuesday 9 October 2012

Allah punya rencana yang lebih baik



jika diingatkan kembali, bagaimana aku menangis saban malam mengenangkan nasib aku yang sentiasa dirundung malang , hati ini makin kuat dan tabah . namun sekali sekala aku pasti tewas dengan rasa hati yang seringkali berduka lara . masih aku ingat sewaktu cinta sedang menjauh . betapa hati aku hancur apabila impian untuk bersama telah terkubur begitu sahaja .selama ini hanyalah sia2 belaka ,kenapa begitu sukar untuk aku memiliki cinta dan kegembiraan seperti orang lain ? kenapa ? pertanyaan yang seringkali terbit di hati ini . astaghfirullahal’azim .

hari yang aku lalui bagaikan kosong, hambar tanpa warna . senyum yang terukir di bibir seakan akan kelat . hampir setiap malam aku mengenangkan nasib aku sambil berendam air mata . terlalu sukar untuk aku terima . tatkala sahabat bergembira menkmati percintaan mereka., sedangkan aku berperang dengan jiwa sendiri . sedangkan semuanya tidak akan berubah dan tidak sama sekali berubah .harapan yg tersimpan bagaikan hancur . tetapi aku sangat bertuah kerana mereka (sahabat) sangat memahami, walaupun hati aku memberontak dengan 1001 penyesalan .

kini aku meneruskan kehidupan sebagai seorang yg peka,tidak terburu2 dlm apa jua keadaan ,kebanyakan sahabat aku sudah pula menjengah alam perkahwinan .,mahu atau tak ,aku akn tempuhi segala halangan ,ujian yg melanda.. kelat ku rasa kan . pahit yang aku telan . aku gagahi walau payah . setiap hari aku mengadu kepada ALLAH . menangis kepada-NYA . hanya DIA tempat aku meluahkan segala yang terbuku di hati . hari yang aku lalui penuh dengan kekosongan dan penyesalan . namun aku redha dengan apa yang terjadi . aku yakin ALLAH punyai perancangan yang Maha Hebat untuk aku . semoga berkat kesabaran ini akan memberi aku kebahagiaan nanti

sahabat ku . jangan mengalah dengan ujian yang hadir . hadapi dengan tabah . walaupun terpaksa menangis mengenangkan nasib diri yang tidak sama dengan orang lain . SABAR lah . sabar dan sabar . semoga ALLAH memberi kita ganjaran sebaiknya nanti . orang tidak tahu apa yang kita alami . malah apa yang telah terjadi . bukan atas kemahuan dan kerelaan kita . namun, kita adalah insan yang terpilih oleh ALLAH untuk menghadapi semua ini . kerana ALLAH yakin dengan kemampuan kita .

sekarang aku berusaha untuk kembali ceria . dengan kehadiran sahabat disisi aku semakin yakin dan bersemangat untuk kembali mencapai apa yang aku impikan . aku juga yakin bahawa kejayaan itu akan lebih manis selepas melalui segala kesulitan . aku juga yakin, ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku . hanya SABAR yang mampu aku lakukan . hanya DOA mampu aku luahkan sebagai tanda aku bergantung harap kepada keredhaan ALLAH . “Allahumma yasir wala tu’assir” . semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup aku ..

Thursday 26 July 2012

berfikir sejenak


salam  semua... salam 1Malaysia

eh jumpa lagii..... hehe...
anda lagi apa tuh ? pasti ramai yang sedang kerja kan,ada juga yg sibuk dgn Class,lapar ?. aduh biasalah tu.. dah ditentukan & takdirnya... apapun yang perlu ada dalam diri kita skrg adalah sabar... sabar ya... :) 

Mood tak murung sgt..tapi hati tak tenteram.. tapi dengan mendekatkan diri padaNYA insyaallah akan baik2 saja selepas itu.. kan.. memikirkan seseorg yang bukan halal bagi kita adalah suatu perkara yang amat merumitkan.. rumit ye? maybe.. bila hati belum di miliki.. pasti perasaan itu hadir bila melihat mereka begitu bahagia di samping yang tersyg... ( adoi... jgn lah slh phm.. xde jelouse2) korang kena selami hati baru paham maksud aku.. :)

lain org lain maksudnya...  ramai org berkasih. dan setiap darinya mestilah akan pernah rasa kecewa? betull ke ? yealah kot.. sbb bila kita berkasih perasaan itu kita harus ambil risiko. kita akan sanggup di sakiti menyakiti, kecewa, di kecewakan. dan mcm2 lagi.. (sbb tu aku rse mcm tak sanggup then i prefer to be alone) ... jodoh ajal maut di tangan tuhan... 

alahai.. x mau sedih2 lah.. aku ok jer.. :) muda lagi... fikir fikirkan kerjaya aku,. hehe.. rilekkk luu.... tp aku tgk org tu yang tak okay...tu lah pasang bf dua tiga lagi.. kan dah sakit kepala.. ishk.... x elok kan perangai mcm tu...  nak nasihat x boleh. nnti aku kena marah pulak. baik aku diam je... (dan aku berdoa mendapat isteri yang solehah) amin...

touching ckit boleh?!(untuk wanita )
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan dirimu
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

aku belajar berkata-kata dari insan yang pndai berkata-kata...
terima kasih..

Sunday 22 July 2012

Bila Tibanya Malam




assalamualaikum..hai readers..
awak juga macam saya? x boleh tidur ya?.. ish2 sama la kita hee.. entah.. malam ni aku tak boleh tidur lagi. ada saja yang mengganggu.. aku tak tahu apa yang mengganggu.. mungkin badan tak berapa sihat tu mood yang lain mcm je kot :) just baca & bahagiakan hati saya buat seketika cuma.. tiada paksa ya.. hehe..

kalau terus-terusan macam ni aku sendiri tak dapat agak apa akan berlaku. tiap2 mlm aku ada masalah tidur. esok pula ada sesuatu yang perlu aku pertanggungjawabkan.  bagaimana?? tak mungkinkan aku akan jadi seorang pekerja yang baik klu mcm ni?? haihh.. mereka takkan faham, aku lagi laaa....

orang selalu tanya awak kenapa?? kenapa? dan kenapa?? kadang2 rase mcm baik jadi bisu.. diam lebih baik.. tapi.. kebisuan juga bukan akhir dari penyelesaian bila kita dalam kebuntuan mencari sesuatu yang belum pasti... mencari dan akan terus mencari... apa yang di maksudkan kenapa?

sometimes.. ada benda yang kita boleh share.. ada benda yang kita nak sangat heboh-hebohkan.. ada benda yang kita rase 'awak juga perlu tahu'.... bak kata omputih sharing is caring..  :) tapi bila kita dalam sedar kita mesti akan terfikir tak semua kan kita perlu share walaupun kita rase di hati ni mcm masih ada sesuatu dan boleh jadi tinggal seinci je lagi nak pecah.. jgn ikutkan hati sebab kata hati manusia nie tak semestinya benar. orang tengok aku senyum tapi dlm hati siapa yg tahu.. org tahu aku tak banyak cakap. tapi buatlah aku marah.. skali aku meletop ... waaaa.. mengalahkan lava yang mengalir.hehe.. xde sape yang dapat mengagakkan... 

tak tahu nak ckp mcmane lagi.. kalau boleh memang nak luah semuanya. biar tenang sikit... namun kata orang.. meluahkan biarlah pada yang sudi.. berbicara biarlah pada yang mengerti..
huuuu... lupekan.lepekan semuanya..... sbnarnya aku cuma rindu..rindu pada keadaan yang dulu...bila semuanya ada di sisi.. bila smuanya sentiasa mengerti. bila semuanya dihiasi dengan wajah ceria..bila malam kini.. hanya aku sendiri....

Saturday 14 July 2012

sedikit rasa berkongsi bersama

cinta tak semestinya memiliki (feeling tahap tsunami)

Hadapilah satu suratan atas sesuatu tentang diri kita,siapalah kita menidakkan takdir buat kita.cuba dan mengerti perjalanan hidup kita , Melepaskan rasa bukan beerti melupakan akan kehangatan masa bahagia yg pernah bersemi.bahagia yang pernah ada adalah kenangan dan sejarah yang tak mungkin akan berulang walau hanya sedetik..dan kita semakin asyik dgn ketulusan,membiarkan luka itu tanpa mengambil usaha untuk memulihkan  hati yang telah parah..continue...


kadang2 penulisan merungkai apa kata jiwa yang tak terluah..sekadar berkongsi cerita..terima kasih

Wednesday 11 July 2012

NEWBIE_

Newbie_dalam erti kata lain aku masih baru dalam dunia blogger..terima kasih pada yg singgah..atau secara tidak sengaja yg masuk kat blog yg tak sebeberapa nie.buat masa nie aku masih lagi terpinga-pinga apa yg nak dibuat,yang nak di tokok tambah,pada yg tahu kasi Lawa blogs tu tolong ajarin aku ya..Mekasi.Terima kasih.Thank you ;)